AKU hanya termenung memandang langit. Sudah tujuh tahun berlalu namun aku masih dihantui kisah tujuh tahun lepas itu. Mungkinkah mereka masih menyalahkan aku? Namun aku juga salah seorang mangsanya. Ada orang kisah? Tidak. Nape? Senang saja, aku terselamat dari peristiwa itu mankala dia meninggal. Tambahan lagi, aku merupakan satu-satunya saksi yang masih hidup.
"Syah, kita dah sampai. Cepat turun. Jangan duk termenung saja."
Aku tersedar dari lamunanku. Aku memandang sekeliling. Masih sama seperti tujuh tahun lepas. Masih ada dua patung pemegang pau berair atau lebih dikenali Aquarius di kawasan laman depan bangunan villa ibuku. Masih ada pokok kaktus yang ditanamku semasa berumur lapan tahun. Semua sama. Tiada perubahan langsung kecuali kewujudan aku.
"Mama tak renovate rumah ni ke? Masih sama macam dulu saja," tanyaku hairan. Yalah, mama selalunya akan renovate rumah setiap tahun tanpa henti. Ni bagaikan satu tradisi yang dimulakan oleh mama sejak aku kecill lagi. Kenapa, entahlah. Aku pun tak tahu. Mungkin disebabkan pangkat yang dipegang oleh mama. Oh ya! Korang semua tak kenal siapa mama aku kan? Mama aku bernama Dato' Amelia Syafika binti Dato' Mohammad Anuar Rasyid. Sebenarnya, mama aku keturunan kerabat juga. Tapi, takkan mama aku nak tambah lagi gelaran depan namanya?! Gilakah? Psnjang sangat nanti nama yang perlu disebut. Kesian orang yang kena panggil nama mama dengan gelarannya sekali.
"Tahun ni mama tak terbuka hati untuk renovate kali ni. Mama sendiri pun tak tahu nape mama begini," kata mama.